- Pendidikan seni visual ini menggantikan Pendidikan Seni yang dahulu.Perubahan ini dianggap sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak dan seni visual,namun ianya tak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik,seni tari,seni sastera dan seni mempertahankan diri.
- Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifatsifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.
- adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan,
3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual,
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat,
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab,
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah.
ORGANISASI KOKURIKULUM
- sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual ini disusun untuk melibatakan pelajar dalam pelbagai kegiatan seni.
- Kajian ini dijalankan berdasarkan 4 bidang utama iaitu :
- menggambar
- membuat corak dan rekaan
- membentuk dan membuat binaan
- mengenal kraf tradisional
Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
KANDUNGAN
Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi.
Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:
- Lukisan
- Catan
- Kolaj
- Montaj
- Cetakan
- Resis
- Gosokan
- Stensilan
- Percikan
- Gurisan
- Capan
- Mozek
- Poster
2. Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:
Corak tidak terancang secara:
1 Pualaman
2 Tiupan
3 Titisan
4 Ikatan dan celupan
1 Pualaman
2 Tiupan
3 Titisan
4 Ikatan dan celupan
5 Renjisan dan percikan
Corak terancang secara:
1 Lukisan
2 Catan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti:
3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
4. Mengenal Kraf Tradisional
- Alat domestik
- Alat permainan
- Alat pertahanan diri
- Perhiasan diri (ornamen)
- Batik
- Tekat
- Ukiran
- Tenunan
- Anyaman
- Tembikar
Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.