a:hover {font-size: 28px; font-weight: bold;text-decoration: none;}::-webkit-scrollbar { height:12px; width: 12px; background: #FF1493; } ::-webkit-scrollbar-thumb { background-color: #BA55D3; -moz-border-radius: 10px; border-radius: 10px; }

Thursday, 30 May 2013

CABANG FALSAFAH PENDIDIKAN

Cabang-cabang Falsafah Pendidikan ada :



  • Metafizik(Ontologi)
  • Aksiologi
  • Epistemologi
  • Logik
METAFIZIK (ONTOLOGI)

Metafizik adalah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya. Menurut takrifan dalam kamus,metafizik merujuk kepada “... yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan”. Metafizik bersifat spekulatif dan memberi fokus kepada perkaitan sebab-akibat.
Metafizik mengutarakan soalan-soalan seperti di bawah:
  • Apa itu kebenaran?
  • Adakah Tuhan wujud?
  • Siapa itu manusia?
  • Apakah itu kebebasan manusia?
  • Adakah dunia ini semata-mata terdiri daripada jisim sahaja?
  • Adakah manusia mempunyai akal? Apakah hubungan antara akal dan tubuh?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sukar untuk kita mencari jawapan kepada soalan-soalan tadi dengan hanya merujuk kepada dapatan-dapatan eksperimen atau kajian saintifik.

AKSIOLOGI

Axiologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud ‘nilai’. Ia adalah cabang falsafah yang mempersoalkan tentang baib atau buruk,benar atau salah, cantik atau hodoh. Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika dan estetika.
1) Etika. Lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan” dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Pendek kata,etika memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana mengkaji kebaikan seseorang, sesuatu masyarakat dan kehidupan. Ia dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti yang berikut:
· Meta ethics- kajian tentang konsep etika.
· Normative ethics- kajian tentang bagaimana menentukan nilai etika;
· Applied ethics- kajian tentang penggunaan nilai etika.
Sehubungan itu, etika cuba menjawab soalan-soalan seperti yang berikut:
· Apa itu kebaikan? Apakah ciri-ciri tingkahlaku yang menentukan kebaikan?
· Apa yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
· Adakah moraliti itu bersifat objektif atau subjektif?
2) Estetika. Merujuk kepada kriteria bagi kecantikan dalam kesenian,alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain,ia lebih tertumpu kepada cita rasa dan sentimen. Anatara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuklah:
· Apa itu kecantikan?
· Bagaimanakah kita dapat menikmati keindahan alam semulajadi?

EPISTEMOLOGI

Cabang falsafah ini lebih dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan. Ia berasal daripada perkataan Yunani episteme yang bermaksud ‘ilmu’ atau ‘sains’ dan logos yang bermaksud ‘keterangan’. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.
Dengan kata lain,epistemologi ini cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
  • Apa itu ilmu?
  • Apakah sumber-sumber pengetahuan?
  • Apa yang diketahui oleh manusia?
  • Bagaimanakah kita tahu bahawa kita ketahui sesuatu?
  • Adakah ilmu statik atau senantiasa berubah?
Selain itu,epistemologi juga tertumpu kepada cara untuk memperoleh ilmu dan kesahan cara mencari ilmu. Antara sumber ilmu ialah seperti di bawah:
  • Wahyu. Pengetahuan yang diperturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilihNya untuk disampaikan kepada masyarakat umum;
  • Berasaskan pengalaman pancaindera. Apa yang kita lihat,dengar,rasa,sentuh dan bau merupakan satu cara untuk kita memperoleh maklumat mengenai alam sekeliling kita. Namun, cara mengetahui sedemikian berkemungkinan kurang tepat,misalnya,ayam goreng yang kita rasa sebenarnya adalah arnab goreng,air yang kita lihat atas jalan raya sebenarnya adalah sesuatu mirage.
  • Intuisi. Pengetahuan yang diperoleh oleh seseorang melalui cetusan idea secara tiba-tiba dan tidak disedari. Misalnya,seseorang ibu yang dapat mengesan sama ada anaknya menghadiri kelas mengaji al-Quran sebaik sahaja anaknya masuk ke dalam rumah.
  • Pandangan pakar bidang berkenaan berdasarkan ilmu dan kemahiran yang dipunyai. Misalnya,tokoh-tokoh falsafah yang terkenal seperti Socrates, Plato, Dewey dan sebagainya.
  • Logik. Kita mempunyai akal yang membolehkan kita membuat taakulan dan seterusnya mengetahui sesuatu;
  • Kaedah saintifik. Melibatkan carian jawapan kepada persoalan-persoalan tertentu melalui pengumpulan dan penganalisisan data secara sistematik,misalnya menjalankan temu bual, membuat pemerhatian, mentadbirkan soal selidik, dan sebagainya.
LOGIK

Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan.
Secara umumnya, terdapat dua jenis logik:
  • Logik induktif- bermula dengan butiran khusus,kemudian membuat penaakulan terhadap butiran terhadap dan seterusnya membuat kesimpulan umum yang menjelaskannya.
  • Logik deduktif- bermula dengan kesimpulan umum, kemudian mencari contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini dan seterusnya butiran yang terhasil secara logik.
Antara soalan-soalan yang cuba dijawab termasuk:
  • Apa yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau “kurang baik”?
  • Bagaimanakah kita tentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?

Monday, 27 May 2013

PROFIL GURU YANG BERKESAN

PROFIL GURU BERKESAN


     
 

       Indikator cemerlang telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pendidikan, terutama untuk menentukan prestasi guru. Indikator tersebut lebih menekankan penilaian prestasi seseorang guru biasa bagi menentukan pergerakan gaji. Walau bagaimanapun indikator ini boleh diambil kira awal untuk menentukan kecemerlangan seeorang guru terutama guru mata pelajaran pendidikan seni. Indikator tersebut mengambilkira :

1. Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi.
2. Penghasilan kerja dari segi kualiti, mutu kerja, keberkesanan kos, ketepatan masa dan pelaksanaan peraturan dan arahan pentadbiran.
3. Pengetahuan dan kemahiran yakni meliputi pengetahuan dalam bidang kerja, kebolehan mengelola, kebolehan membuat keputusan, keberkesanan komunikasi dan kebolehan menyelesaikan masalah.
4. Kualiti Peribadi - dari segi integriti (jujur, amanah dan berakhlak) komitmen, ikram, adil dan saksama, berdisiplin dan kepimpinan.
5. Jalinan hubungan dan kerjasama samada dengan pegawai atasan, rakan sekerja, pegawai bawahan dan pelanggang( murid-murid).
6. Potensi: adakah guru itu ada wawasan, perspktif menyeluruh, penganalisisan, kesedaran kepada kenyataan, proaktif, daya kreatif dan inovasi, serta kebolehan menghadapi cabaran.

        Perkhidmatan awam menyenaraikan ciri-ciri budaya kerja cemerlang yang perlu diamalkan pekerja kerajaan, antaranya:

1. Ketepatan masa dalam memberikan perkhidmatan.
2. Ketepatan fakta dan maklumat yang diberikan kepada pelanggan.
3. Sentiasa responsif kepada kehendak pelanggan.
4. Menyempurnakan tugas dengan cara yang adil dan jujur.
5. Bersopan santun ketika berurusan dengan pelanggan.
6. Menepati temujanji yang dibuat dengan pelanggan.
7. Tidak melakukan pembaziran sumber.
(Ahmad Sarji.210)

       Indikator-indikator di atas merupakan indikator secara menyeluruh bagi menentukan kecemerlangan bagi seseorang guru. Amalan budaya kerja cemerlang memerlukan amalan yang berterusan. Seseorang guru yang cemerlang sewajarnya sentiasa cemerlang dari segi indikator-indikator di atas.

        Bagi guru pendidikan seni, indikator kecemerlangan akan berpusat kepada enam faktor utama. faktor-faktor tersebut boleh dipecahkan dalam huraian selanjutnya:

1. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
2. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendididikan seni.
3. Kualiti diri dari segi kepimpinan, kreatif dan wawasan.
4. Pengurusan Ko-kurikulum.
5. Sumbangan kepada sekolah dan hasil kerja dalam bentuk karya seni dan penulisan.
6. Komunikasi dan hubungan dengan pentadbiran, rakan sejawat dan pelajar.

        Namun demikian guru pendidikan seni cemerlang pada keseluruhannya ialah seorang guru yang berwibawa tinggi, kreatif, kecindan dan peka terhadap perkembangan individu, simpatik dan empatik serta menjadi contoh kepada guru-guru lain dan pelajar.

TEORI PEMBELAJARAN MASTERI,KONSTRUKTIVISME,TUNJUK CARA,SIMULASI DAN EKSPERIMEN

PEMBELAJARAN MASTERI



 1.         Apakah Pembelajaran Masteri?


   … satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran  yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar.  (Bloom, 1968)
   … berasaskan kepada falsafah bahawa semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya. (Bloom, 1968)
   … satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten … idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk murid mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. (Anderson & Block, 1975)
Rumusan:
Suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi  memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2.         Rasional:
  1. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.
  2. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
  3. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.
3.         Prinsip Pembelajaran Masteri
  1. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru.
  2. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai.
  3. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan.
  4. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.
4.         Ciri-ciri Pembelajaran Masteri
  1. Hasil pembelajaran perlu ditentukan.
  2. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran.
  3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan.
  4. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria(URK)
  5. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  6. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
  7. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
  8. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

5.      Langkah Pembelajaran Masteri

  1. Penentuan hasil pembelajaran.
  2. Pengajaran dan pembelajaran.
  3. Penilaian.
  4. Tindakan susulan.
Hasil Pembelajaran merupakan objektif pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada akhir sesuatu unit pembelajaran.
Hasil Pembelajaran perlu ditentukan bagi:
  1. Mengenal pasti apa yang perlu dikuasai oleh murid.
  2. Memberi tumpuan dalam penguasaan hasil pembelajaran.
  3. Merancang pelbagai kaedah dan bahan bantu belajr.
  4. Membantu membina ujian formatif dan sumatif.







TEORI KONSTRUKTIVISME


  1. Pengenalan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
  1. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
         Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.
          Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.
Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

  1. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme
        Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan. Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata. Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan fenomena yang diperhatikan.
        Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan berpengetahuan luas.
         Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan memeriksa hasil yang diperolehi
Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu proses berterusan dalam kehidupan.
        Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya. Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak. Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang membina fahaman sendiri.
       Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme. Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.
Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian berpasukan.


Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan
 ObjektivismeKonstruktivisme
Tanggapan UtamaPengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajarPengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak
KesanGuru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu muridGuru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi
Respons Guru"ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu"
"Saya ajari ini, mereka belajar ini"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan"
"Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya"
"Saya ajar ini, mereka belajar itu"
"Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka"



TUNJUK CARA


Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini adalah seperti berikut:
Langkah 1 
Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu.
Langkah 2 
Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang diberikan.
Langkah 3 
Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung.
Langkah 4 
Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka.
Langkah 5 
Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.




SIMULASI


Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:
  • memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.
  • memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.
  • mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.
  • menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir, bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

EKSPERIMEN
      Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemuikonsep atau idea sains yang tertentu. kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen.
Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:
1. Mengenal pasti masalah
2. Membuat hipothesis
3. Merancang eksperimen:
- mengawal pemboleh ubah.
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentulkan langkah menjalanakan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
4. Melakukan eksperimen
5. Mengumpul data
6. Menganalisis data
7. Mentafsirkan data
8. Membuat kesimpulan
9. Membuat laporan

        Dalam konsep pelancongan pelajar, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum sesuatu aktiviti.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serrta menjangkau waktu pembelajaran yang formal.
Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaiakan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek boleh dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan di hadapan guru dan para pelajar lain.

Lawatan

Pembelajaran sains tidak hanya terhad dalam sekolah sahaja. Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institusi penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang rapi dengan para pelajar perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan salah satu contoh keadaan ini.

Kajian masa depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu ke sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan.pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral, pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti ini bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

Penyelesaian masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai satu sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umumnya, penyelesaian masalah melibatkan langkah berikut:
1. Kenal pasti dan faham masalah
2. Jelaskan masalah
3. Cari alternatif penyelesaian masalah.
4. Lakukan operasi penyelesaian.
5. Nilaikan penyelesaian



PENDEKATAN,KAEDAH,TEKNIK DAN STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK

                                             

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Dalam proses pengajaran pula, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif pengajaran. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran. Konsep strategi pula merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan. 

Dalam pengajaran pendidikan Seni Visual pula, guru-guru perlu bijak menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar. Guru-guru perlu membuat perancangan yang rapi, sistematik dan kreatif supaya pembelajaran tidak membosankan dan objektif pengajaran akan tercapai. Dalam membuat dan merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, guru-guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk membolehkan guru-guru menjalankan pengajaran mereka dengan berkesan, manakala pelajar pula merasa seronok belajar pendidikan seni. 

Beberapa jenis strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan seni visual boleh digunakan oleh guru-guru untuk memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Di antaranya ialah : 
1. Pembelajaran masteri 
2. Kajian masa depan 
3. Konstruktivisme 
4. Belajar cara belajar 
5. Kecerdasan pelbagai 
6. Pembelajaran akses kendiri 
7. Kemahiran berfikir 
8. Teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) 
9. Pembelajaran konseptual 
10. Pembelajaran Kontekstual 

Guru-guru perlu bijak memilih strategi yang sesuai dengan keadaan dan pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar dalam kelas mereka. Melalui pemilihan strategi yang sesuai, pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, seronok dan objektif akan tercapai dengan mudah dan berkesan. Penggunaan strategi yang sesuai membolehkan pelajar-pelajar memahami isi pelajaran dengan mudah dan berkesan yang seterusnya memberi kebaikan kepada guru dan pelajar

Selain itu, guru-guru juga boleh menggunakan strategi berikut dalam menyampaikan pengajaran kepada pelajarnya. Strategi tersebut ialah:
1. Mencari jalan ke arah aktiviti yang berguna dan menyeronokkan yang membolehkan pelajar berkongsi idea serta dapat bercakap mengenainya. 
2. Memahami dan menghormati idea, penerangan dan pemahaman pelajar-pelajar dengan cara mendengar, melihat dan memberi maklum balas. 
3. Meninggalkan paradigma lalu dengan menyoal diri kita dan belajar daripada mereka melalui cara yang berbeza.
4. Melihat dan mendekati pelajar-pelajar ketika mereka sedang menjalankan aktiviti amali di samping membantu mereka secara individu atau kumpulan.
5. Berkongsi tentang apa yang telah pelajar-pelajar hasilkan melalui pendekatan dan personaliti mereka sendiri. 

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika guru mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu merancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Guru perlu memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid yang berbeza. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasai berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi lebih penting ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam pengajarannya.

SMART       S- SPECIFIC




                  M-MEASUREABLE
                  A-ATTAINABLE
                  R-REALISTIC
                  T-TIME-BOUND

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju ke sesuatu sasaran. Pendekatan pengajaran pula merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan pelajar, cara-cara fakta disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain. Terdapat beberapa ciri-ciri pendekatan dalam pengajaran yang telah lama diamalkan dalam sistem pendidikan ini. Ciri-ciri tersebut ialah: 
a. Daripada konkrit kepada abstrak
b. Daripada mudah kepada kompleks
c. Daripada keseluruhan kepada bahagian
d. Daripada umum kepada spesifik (deduktif)
e. Daripada spesifik kepada umum (induktif)
f. Daripada diketahui kepada belum diketahui

Manakala pendekatan-pendekatan pengajaran ini juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya 
(i) Pendekatan pengajaran berpusatkan guru 
(ii) Pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar 
(iii) Pendekatan pengajaran berpusatkan bahan 
(iv) Pendekatan induktif 
(v) Pendekatan deduktif
(vi) Pendekatan inkuiri 
(vii) Pendekatan masteri 

Setiap jenis pendekatan itu mempunyai kaedah pelaksanaannya yang tersendiri. Bagi pendekatan berpusatkan guru, mereka boleh menggunakan kaedah-kaedah seperti syarahan, demonstrasi, bercerita serta pengajaran secara kelas. Pendekatan ini tidak memberi peluang kepada palajar untuk mengambil bahagian dalam sesi P&P. Mereka hanya mendengar sahaja apa yang disampaikan oleh guru. Manakala pendekatan berpusatkan pelajar lebih menarik dan berkesan. Dalam pelaksanaannya, pelajar berpeluang untuk mengambil bahagian serta memberi pendapat dan idea berkenaan dengan topik yang dipelajari. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yang ada dalam fikiran mereka. Antara pendekatan yang boleh digunakan ialah pendekatan kumpulan, pendekatan individu, kaedah lawatan, kaedah penyelesaian masalah, kaedah projek, simulasi dan bermain. Pelaksanaan pendekatan ini membuatkan pelajar lebih seronok kerana mereka mengalami sendiri pengalaman terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu. 
Bagi pendekatan pengajaran berpusatkan bahan pula memerlukan guru untuk lebih kreatif dalam mencari dan menggunakan bahan-bahan pengajaran untuk menarik minat pelajar. Antaranya ialah melalui penggunaan sudut atau ruang bilik darjah, bahan pengajaran guru dan bahan pembelajaran pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan-bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya bagi membuka minda serta menarik perhatian pelajar dalam menyampaikan isi pelajaran. Melalui tayangan video contohnya, pelajar-pelajar akan berfikir mengenai isi kandungan yang cuba disampaikan oleh guru mereka pada hari berkenaan. 

Selain itu, pendekatan induktif, deduktif, inkuri dan masteri pula mempunyai maksud yang tersendiri. Keempat-empat pendekatan itu dapat diterjemahkan sebagai: 
(a) Pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.
(b)Pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk menuju ke suatu fakta.
(c)Pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya. 
(d)Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif. 



KAEDAH DAN TEKNIK

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran pula terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran ini terbahagi kepada beberapa jenis. Ianya merangkumi: 
• Kaedah terus 
• Kaedah semulajadi 
• Kaedah askar atau tentera 
• Kaedah ajuk-hafaz 
• Kaedah linguistik 
• Kaedah oral-aural 
• Kaedah terjemahan 
• Kaedah psikologi 
• Kaedah kod-kognitif 
• Kaedah khusus 

Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi pelajar. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: 
 Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. 
 Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada. 
 Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan. 
 Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks. 

Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini. Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistic dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Seterusnya kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Aktiviti dimulakan dengan latihan pendengaran yang kemudiannya diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988). 

Manakala teknik pengajaran pula adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang terdapat dalam sesuatu kaedah, kemungkinan matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Terdapat pelbagai teknik yang boleh diamalkan oleh seoarang guru dalam sesi P&P. antaranya ialah:
• Teknik main peranan 
• Teknik permainan bahasa 
• Teknik latih tubi 
• Teknik bercerita 
• Teknik inkuiri 
• Teknik perbahasan 
• Teknik kuiz 
• Teknik sumbangsaran 
• Teknik soal jawab 
• Teknik simulasi 
• Teknik drama 
• Teknik perbincangan 

Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya. Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu. Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung. 

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan. Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan. Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya. Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi. 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 4

                                

   RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4

DISEDIAKAN OLEH : NUR SYUHADAH BINTI OTHMAN
NO MATRIX               : JEF 120008


Matapelajaran           :Pendidikan Seni Visual
Masa                           :9.30 pagi – 10.30 pagi

Bidang                        :Membuat corak dan rekaan

Tajuk                            :Alam semulajadiku

Teknik                            :Cetakan

Bilangan murid            :34 Orang

Kemahiran/tema         :Menghasilkan cetakan alam semulajadi menggunakan buah-buahan dan sayur-sayuran

 
Pengetahuan Sedia ada:
1. Murid mengenali sayur-sayuran dan buah-buahan

 
Hasil Pembelajaran        :
Langkah 1 - Memerhati dan mengkaji jenis sayuran dan buahan
Langkah 2 - Memotong sayuran dan buahan pelbagai contoh seperti menegak , melintang
Langkah 3 – Mencetak corak dalam buahan dan sayuran dalam pelbagai susunan
Langkah 4 - Mempamerkan hasil kerja
 





LANGKAH/MASA
ISI PEMBELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN
Set Induksi
( 5 Minit)
Menyanyikan lagu bertajuk “ Vegetables”
Guru meminta murid untuk mendengar lagu terlebih dahulu.

Murid menyanyikan lagu bersama-sama.

Guru mengaitkan set induksi dengan pembelajaran hari ini.
 Kecerdasan Pelbagai

Verbal linguistik, inter/ intrapersonal muzik

Langkah 1
(15 Minit)
Menerangkan konsep cetakan.

Membuat tunjuk cara.
Aras 1
Memerhati dan mengkaji jenis sayuran dan buhan yang mempunyai lapisan kelopak dan corak di dalamnya yang menarik.

Guru menerangkan definisi cetakan kepada murid.

Guru menerangkan jalinan yang terdapat pada sayur kobis dan bawang.

Murid memerhatikan jalinan yang terdapat pada sayur kobis dan bawang.

Guru membuat langkah tunjuk cara untuk menghasilkan cetakan.

Guru mengarahkan murid membentuk 5 kumpulan.
Kecerdasan Pelbagai:
Verbal linguistik

ABM/BBM
Hasil kerja guru, kertas lukisan, warna air, berus warna , kobis,bawang dan pisau.
Langkah 2
(15 minit)








Langkah 3
(15 minit)
Menghasilkan cetakan.









Menghasilkan cetakan dengan pelbagai bentuk
Aras 2
Memotong sayuran dan buahan dengan pelbagai contoh seperti : menegak, melintang






Aras 3
Membuat corak dalam pelbagai susuna seperti:
Selang seli, berjalur

Murid memotong kobis dan bawang dengan pelbagai arah seperti melintang dan menegak
Murid menghasilkan corak seperti alam hutan.

Guru membimbing murid menghasilkan cetakan.
Kecerdasan Pelbagai

Kinestetik, KBKK : Membanding beza dan menjana idea.






ABM/BBM
Surat khabar, kobis,bawang pisau, kertas lukisan, warna air dan berus warna.

Nilai :
Keselamatan
Ketelitian
kerjasama
Langkah 4
(5 minit)
Peneguhan dan penilaian
Aras 4
Mempamerkan hasil kerja

Guru meminta murid membentangkan hasil kerja masing-masing.

Guru menegaskan nilai-nilai dalam menghasilkan karya.
Kecerdasan Pelbagai
Intra/ interpersonal, verbal linguistik

Nilai:
Keyakinan, keberanian
Penutup
(5 minit)
Penutup
Murid menyanyikan lagu secara beramai-ramai.
Kecerdasan pelbagai:
Muzik