
MINGGU KE 13
Pada minggu lepas kami diarahkan oleh Dr Z untuk membuat simulasi berkenaan dengan Rancangan Pengajaran Harian ynag telah dipilih.Senior kami iatu saudara Kahar dan pembantunya Khadijah Fatimahtelah dipilih untuk membuat simulasi .Masa itu Dr Z ada hal penting dan saudara Kahar menjalankan pengajaran seperti dalam perancangan pengajaran yang dipilih.Saudara Kahar memulakan dengan induksi terlebih dahulu selama 5 minit dengan menyanyikan sebuah lagu berkaitan dengan labah-labah dan hujan.Kami mengikuti apa yang dinyanyikan oleh senior kami.Kemudian beliau menyuruh kami memikir tentang objek apa ynag berada paling dekat dan paling jauh dengan kami.Seterusnya saudara Kahar mengajar tentang perihal bayang-bayang.Jikalau matahari di timur,tentulah bayang-bayang akan kelihatan di barat.Beliau melukis objek perigi dan meminta kami melukis perigi mengikut kreativiti kami.Beliau menyuruh kami menggunakan pelbagai teknik seperti teknik titik,hatiching dan sebagainya.Beliau juga mengarahkan kami mewarna dengan teknik monokrom iaitu sewarna.
MINGGU KE 8
Pada minggu ke 8,kami telah dibahagikan dengan beberapa kumpulan dan diminta membuat pembentangan mengenai pendekatan,kaedah,teknik,strategi dalam pembelajaran.Setiap ahli dalam kumpulan diberikan peluang untuk membentang dan setiap orang akan dinilai oleh Dr Z secara keseluruhan dalam aspek lontaran suara,pemakaian dan sebagainya.Ada yang positif dan juga negatif.Semua kritikan kami terima dengan anggapan kritikan itu sebagai kritikan membina dan membantu kami untuk menjadi seorang pendidik yang lebih berwawasan dan berkarisma akan datang.Selepas itu,kuliah diteruskan dengan perbentangan daripada Suhaimi yang ingin menceritakan pengalaman beliau membuat laporan pemerhatian semasa cuti Mid Sem seperti yang diarahkan oleh Dr Z.Manakala pengalaman saya pula dalam membuat pemerhatian di sekolah lama saya amat menyeronokkan disamping dapat menemui kanak-kanak,saya juga dapat menemui guru-guru lama saya.Sepanjang pemerhatian saya di sekolah itu saya rasakan menjadi seornag pendidik bukan mudah,perlu ada usaha dan kreatif dalam mengawal pelajar dan juga harus sabar dalam mengajar kanak-kanak yang mempunyai pelbagai ragam.
MINGGU KE 7
Pada minggu ini kami telahpun diberikan tugasan oleh Doktor Z untuk pergi ke sekolah dan membuat pemerhatian tentang cara pembelajaran termasuklah pendekatan,strategi,kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru dalam pengajaran mereka.Selain itu pemerhatian itu juga perlu diketahui sama ada guru melakukan teacher's centered atau student's centered.
MINGGU KE 6
Pada minggu ini,kuliah dan pembelajaran kami diadakan di Pusat Dialog Peradaban.Suasana di sana amat selesa dan kami berasa lebih dekat dengan pensyarah dan juga kawan-kawan.Pada minggu ini pembelajaran tertumpu kepada Teori Kurikulum Tyler dan Bloom.Teori Kurikulum ini terdiri daripada Behavioral Learning,Cognitive Learning dan Humanistic Learning.Selain itu objektif pada kurikulum Seni Visual dan bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual turut diberi penekanan oleh Dr Z.Teori Tyler sedikit sebanyak berkaitan dengan sesuatu pengajaran haruslah mempunyai tujuan,visi ,misi yang berkesan supaya hasil pembelajaran sampai kepada pelajar.Faktor-faktor penting dalam Tyler juga adalah Kurikulum,Penilaian,Pengajaran dan kaedah,Tujuan dan Objektif pengajaran.Proses-proses dalam Teori Bloom pula termasuklah memahami,mengetahui,mengaplikasi,menganalisis dan menilai.Dalam kuliah pada minggu ini juga Dr Z menerangkan tentang profil-proful guru berkesan seperti bermatlamat,berpengetahuan,peka,sensitif,berkemahiran,berpenampilan yang menarik dan sebagainya.
MINGGU KE 5
Pada minggu ini pula,kami telah didedahkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru dan Pendidikan Seni Visual.Sebenarnya rata-rata kami mempunyai latar belakang seni oleh itu kami perlu menambaikkan lagi mutu pembelajaran dan ilmu supaya kami terdidik menjadi pendidik yang universal.Cabang-cabang dalam falsafah juga termasuklah cabang metafizik/ontologi,epistemologi.aksiologi dan juga logik.Cabang-cabang tersebut haruslah dikaitkan dengan Falsafah Pendidikan Guru supaya matlamat pendidikan dan pengajaran Seni itu dapat di aplikasikan dengan baik.
No comments:
Post a Comment